Wednesday, 30 November 2011

KSSR..

Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah

1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003 - KBSR (semakan)

2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH

  • Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
  • Berasaskan Prinsip KBSR:
  • Pendekatan bersepadu
  • Perkembangan individu secara menyeluruh
  • Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
  • Pendidikan seumur hidup

BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi

  • Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

Sains & Teknologi
  • Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
  • Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
  • Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika
  • Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
  • Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kerohanian, Sikap & Nilai
  • Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

Kemanusiaan
  • Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
  • Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri
  • Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

  • Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran
  • Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  • Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.


Mengapa Standard?
  • Memastikan SEMUA murid melepasi standard yang ditetapkan.
  • Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas.
  • Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning).
  • Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran.
  • Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah .

No comments:

Post a Comment