Monday, 12 December 2011

Contoh latihan

Nama : ____________                                    Kelas : ______


A) Tuliskan nombor.
1. tujuh                  - ___________
2. empat puluh       - ___________
3. sepuluh              - ___________
4. lima belas           - ___________
5. lapan puluh satu  - ___________


B) Tuliskan jawapan.
1.   1 + 8    = ________
2.   5 + 6    = ________
3.   9 + 7    = ________
4.   10 + 3   = ________
5.   23 + 18 = ________
6.   60 - 13 = ________
7.   73 - 6   = ________
8.   35-22   = ________
9.   62 - 45 = ________
10. 78 - 32 = ________

Latihan

Guru-guru boleh menyediakan latihan untuk murid-murid supaya dapat mengetahui murid dapat menguasai isi kandungan yang diajar. Murid yang tidak dapat menguasai perlu menjalankan sesi bimbingan.

Saturday, 10 December 2011

Guru-guru boleh mengajar Matematik dengan menggunakan permainan kerana kanak-kanak memang gemar bermain dan mereka mempelajari sesuatu semasa bermain. Oleh kerana itu, saya telah menyediakan laman ini . Dari semasa ke semasa saya akan menambahkan permainan Matematik, teka-teki Matematik dan alat mainan Matematik yang boleh dibuat sendiri dalam laman ini. Semua permainan Matematik ini boleh membantu kanak-kanak anda menggemari Matematik. Kebanyakan permainan Matematik tersebut boleh dibuat sendiri dengan hanya menggunakan alat printer dan beberapa alatan yang lain. Saya akan memberi anda tunjuk ajar cara untuk menggunakannya dalam bilik darjah atau dalam rumah. Yang penting saya akan menerangkan kenapakah permainan Matematik ini membantu kanak-kanak menggemari Matematik. Kanak-kanak akan mempelajari lebih banyak melalui aktiviti permainan dan bukanlah melalui aktiviti pengajaran pengulangan. Kanak kanak anda -sama ada anda ialah para ibu bapa atau para guru- akan mula mempelajari Matematik tanpa menyedari yang mereka sedang menghayati konsep Matematik.

Permainan II :



Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah variasi permainan 'fishing' atau pancingan yang mudah. Dalam permainan Tambahan Satu Pancingan anda tidak mencari pasangan kad yang nombornya sama sebaliknya anda mencari pasangan kad yang mempunyai perbezaan kedua-dua nombornya sebanyak satu. Contohnya,
  • Sekiranya anda mempunyai kad nombor 3, anda seharusnya menanya pihak lawan sama ada dia mempunyai kad nombor 4.
  • Seterusnya, apabila kamu berjaya memperolehi kad nombor 4, kamu boleh meletakkan pasangan kad tersebut di atas meja dan mengatakan bahawa 3 tambah 1 ialah 4.
  • Permainan akan berterusan sehingga salah satu pemain tidak lagi mempunyai sebarang kad di dalam tangannya atau tidak lagi terdapat kad dalam timbunan kad tersebut untuk dipancing dan dengan jelas tidak ada sesiapa lagi yang berupaya membentuk pasangan kad. 

Permainan

Permainan MatematikUntuk Kanak-kanak.


Contohnya:

  • Setiap pemain akan diberikan 7 kad. Kad-kad yang lain akan disimpan dalam timbunan kad yang lain. Kad -kad yang disimpan mestilah telungkup ke bawah di atas meja. Objektif permainan ini ialah untuk membentuk pasangan kad yang bersamaan. Setiap kali anda berupaya mengumpul pasangan kad yang bersamaan (contohnya, dua 'king' atau dua empat dan lain-lain) letakkan kad tersebut telungkup ke atas di atas meja. Tetapi jika anda mempunyai two 'hati' ini tidak bermakna bahawa anda mempunyai satu pasangan
  • Apabila tiba giliran kamu, kamu harus meminta pihak lawan untuk mendapatkan satu kad. Contohnya, jika anda mempunyai mempunyai kad nombor 3 anda boleh menanya pihak lawan sama ada dia boleh memberikan kamu kad nombor 3.
    • Jika pihak lawan mempunyai kad nombor 3, dia akan memberikan kad nombor 3 tersebut kepada kamu. Maka kamu akan mempunyai satu pasangan kad nombor 3. Kamu haruslah meletakkan kad nombor 3 tersebut di atas meja dan kamu berpeluang bermain lagi.
    • Jika pihak lawan tidak mempunyai kad nombor 3, pihak lawan akan mengatakan 'Pancingan!' Anda haruslah mengambil satu kad daripada timbunan kad . Anda mungkin bernasib baik dan memperolehi satu kad yang berpasangan dengan kad yang kamu punyai, atau sebaliknya.
    • Selepas kamu mengambil kad daripada timbunan kad tersebut, maka tibalah giliran pihak lawan untuk bermain
  • Permainan akan berterusan sehingga salah satu pemain tidak lagi mempunyai sebarang kad di dalam tangannya. 

Thursday, 8 December 2011

Bahan Bantu Mengajar
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah untuk membantu guru dalam penyampaian pengajaran dengan mudah, menarik, cepat dan menarik. 

Bahan Bantu Mengajar (BBM) dapat mengelakkan proses P&P menjadi kurang menarik, membosankan seterusnya murid hilang fokus dan akhirnya objektif pelajaran tidak tercapai.  Sebaliknya dengan adanya Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menarik dapat menyelamatkan kelas dari masalah disiplin dan objektif tercapai.

Kriteria Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
1)  BBM harus sesuai dengan aktiviti P&P. Tepat dan berkaitan dengan topik.
2)  BBM yang dihasilkan perlu asli dan tidak ditiru.
3)  BBM dapat membantu guru dalam aktiviti P&P seterusnya menimbulkan minat murid.
4)  Rekabentuk BBM perlulah menarik dan berkesan.
5)  BBM dihasilkan dengan perbelanjaan yang rendah (murah) dan tahan lama.
6)  BBM perlulah praktikal serta mudah alih (tidak berat dan besar)

Contoh-contoh Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Friday, 2 December 2011

MATEMATIK TAHUN 1


1.1 Menyatakan kuantiti secara
intuitif.
(i) Menyatakan kuantiti melalui perbandingan banyak atau sedikit, sama
banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang secara:
(a) Kumpulan yang mempunyai banyak dan sedikit objek.
(b) Membandingkan dua kumpulan secara padanan.
(c) Pola yang berlainan dengan menggunakan dua kumpulan objek.
Sebelum mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran kita memberikan murid-murid untuk menyanyi atau bermain permainan. Barulah menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran.

lagu kssr tahun 1 jom mengira malaysia