Saturday, 10 December 2011

Guru-guru boleh mengajar Matematik dengan menggunakan permainan kerana kanak-kanak memang gemar bermain dan mereka mempelajari sesuatu semasa bermain. Oleh kerana itu, saya telah menyediakan laman ini . Dari semasa ke semasa saya akan menambahkan permainan Matematik, teka-teki Matematik dan alat mainan Matematik yang boleh dibuat sendiri dalam laman ini. Semua permainan Matematik ini boleh membantu kanak-kanak anda menggemari Matematik. Kebanyakan permainan Matematik tersebut boleh dibuat sendiri dengan hanya menggunakan alat printer dan beberapa alatan yang lain. Saya akan memberi anda tunjuk ajar cara untuk menggunakannya dalam bilik darjah atau dalam rumah. Yang penting saya akan menerangkan kenapakah permainan Matematik ini membantu kanak-kanak menggemari Matematik. Kanak-kanak akan mempelajari lebih banyak melalui aktiviti permainan dan bukanlah melalui aktiviti pengajaran pengulangan. Kanak kanak anda -sama ada anda ialah para ibu bapa atau para guru- akan mula mempelajari Matematik tanpa menyedari yang mereka sedang menghayati konsep Matematik.

No comments:

Post a Comment