Permainan Tambahan Satu Pancingan ialah variasi permainan 'fishing' atau pancingan yang mudah. Dalam permainan Tambahan Satu Pancingan anda tidak mencari pasangan kad yang nombornya sama sebaliknya anda mencari pasangan kad yang mempunyai perbezaan kedua-dua nombornya sebanyak satu. Contohnya,
- Sekiranya anda mempunyai kad nombor 3, anda seharusnya menanya pihak lawan sama ada dia mempunyai kad nombor 4.
- Seterusnya, apabila kamu berjaya memperolehi kad nombor 4, kamu boleh meletakkan pasangan kad tersebut di atas meja dan mengatakan bahawa 3 tambah 1 ialah 4.
- Permainan akan berterusan sehingga salah satu pemain tidak lagi mempunyai sebarang kad di dalam tangannya atau tidak lagi terdapat kad dalam timbunan kad tersebut untuk dipancing dan dengan jelas tidak ada sesiapa lagi yang berupaya membentuk pasangan kad.
No comments:
Post a Comment