Bahan Bantu Mengajar
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) adalah sebagai alat pemudah untuk membantu guru dalam penyampaian pengajaran dengan mudah, menarik, cepat dan menarik.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) dapat mengelakkan proses P&P menjadi kurang menarik, membosankan seterusnya murid hilang fokus dan akhirnya objektif pelajaran tidak tercapai. Sebaliknya dengan adanya Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang menarik dapat menyelamatkan kelas dari masalah disiplin dan objektif tercapai.
Kriteria Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
1) BBM harus sesuai dengan aktiviti P&P. Tepat dan berkaitan dengan topik.
2) BBM yang dihasilkan perlu asli dan tidak ditiru.
3) BBM dapat membantu guru dalam aktiviti P&P seterusnya menimbulkan minat murid.
4) Rekabentuk BBM perlulah menarik dan berkesan.
5) BBM dihasilkan dengan perbelanjaan yang rendah (murah) dan tahan lama.
6) BBM perlulah praktikal serta mudah alih (tidak berat dan besar)
No comments:
Post a Comment